Kebangtikan semula ISLAM selepas 500 tahun dahulu kejatuhanya akan bermula di Asia Tenggara........Adakah Islam yang berketurunan MELAYU kini sedang lena..........????

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

"Kami wasiatkan kepada zuriat dan keturunan kami 7 PERKARA yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera....."

Wednesday, August 19, 2009

Adakah ini yang dikatakan sebagai PEWARIS NABI AKHIR ZAMAN setelah menyatakan bahawa NERAKA tempat AHLI UMNO yang berjuang untuk Agama , Bangsa , dan Negara. Adakah ini yang diajar oleh agama ISLAM kita.....ADAKAH ini yang diperturunkan kepada kita umat MUHAMMAD............"PAS : PANGKAH APA SAHAJA"........adakah benar apa yang dinyatakan oleh TON GURU NIK AZIZ...................

Thursday, August 6, 2009

'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayuselain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungikedudukan istimewa orang Melayu danKepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."

"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.

"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.

Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.

"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

Monday, August 3, 2009


  • Born: 28 October 1956
  • Birthplace: Garmsar, Iran
  • Best Known As: President of Iran, 2005-present

In August of 2005 Mahmoud Ahmadinejad was sworn in as the president of the Islamic Republic of Iran. Trained as an engineer, Ahmadinejad entered the political arena after the Islamic Revolution of 1979. He joined the Revolutionary Guard and, according to some reports, worked covert operations in the 1980s during Iran's war with Iraq. After four years as a provincial governor (1993-97), Ahmadinejad became a lecturer at Tehran's University of Science and Technology. He kept his hand in politics and was elected mayor of Tehran in 2003. He was not well known internationally until June of 2005, when he won Iran's presidential election. It is widely held that Ahmadinejad's support comes in part from those who oppose U.S. foreign policy, and early on President Ahmadinejad's rhetoric matched his promises to defy the U.S., most notably on the issue of Iran's plans for nuclear technology. He made headlines in 2005 and earned a United Nations rebuke when he publicly opined that Israel should be "wiped off the map" and later described the Holocaust as a "myth." Ahmadinejad won re-election in 2009 against former prime minister Mir-Hossein Mousavi, but Mousavi supporters refused to accept the results and took to the streets in mass demonstrations; an official investigation into the election was called for by Iran's supreme leader, Ayatollah Ali Khamenei.

Soon after he took office, questions were raised about Ahmadinejad's role with the radical student organization that seized the U.S. embassy and held its 53 occupants hostage from 4 November 1979 until 20 January 1981; some former hostages claimed he was one of their captors, a claim denied by Ahmadinejad... In December of 2005 it was reported that Ahmadinejad had ordered a ban on "western" music, a move reminiscent of Ayatollah Khomeini's 1979 ban on music.

PERHIMPUNAN MANSUHKAN ISA

Peristiwa 01 Ogos 2009 sebuah perhimpunan Mansuhkan ISA yang dikatakan sebagai perhimpunan rakyat berjaya diadakan oleh Mereka YANG TIDAK BERTANGUNGJAWAP.......adakah mereka tidak pernah terfikir bahawa hari tersebut ada PASAR MALAM JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN? Adakah dengan cara tersebut mereka berpuas hati kerana dapat menghuru-harakan Negara? Entah apa yang difikirkan oleh mereka pun aku tak tahu...........Kesannya kepada peniaga pasar malam di persekitaran Jalan TAR.....kerugian yang amat besar kepada mereka.....kerana makanan yang dijual oleg mereka tidak dapat dijual lagi kerana mengandungi racun gas pemedih mata.......ada yang terkena AIR GATAL yang disembur oleh FRU untuk meleraikan kumpulan yang melakukan perhimpunan HARAM tersebut. Paling menyedihkan aku lagi..........budak kecil yang terkena gas pemedih mata , air gatal, ada seorang budak tu sampai muntah sesak nafas dibuatnya......ini semua angkara perhimpunan haram tersebut..................dalam hal ni saya merayu kepada peniaga jangan la disalahkan anggota POLIS , FRU yang bertugas mereka hanya menjalankan tugas mereka untuk menjaga keamanan Negara............